Marquee

Friday 31 May 2013

Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja



by Super Admin on 30 May 2013
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja - SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.
St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.
Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Webberita | Terkini


 *** tapi sebenarnya apa yang saya suka adalah comment2 positive yg diberikan oleh dua makluk Allah ni ..


 
  • Zahirul Baharin · · Top Commenter · USM Penang
    Islam & Kristian adalah agama serumpun yang diasaskan oleh fahaman Nabi Ibrahim.Jadi tiada salahnya bagi paderi untuk menghulurkan 'amal kebajikan' untuk muslimin & muslimat ntuk tumpang sembahyang di Gereja. Sembahyang di luar terdedah kpd cuaca sejuk.Syukur alhamdulillah kpd para jemaah & juga pada Paderi yg membuat amal kpd sesama manusia.
  • Nicholas Richot · Works at NBE kota kinabalu
    kerana allah bapa/Sang pencipta mengasihi semua ciptaannya di dunia ini.Dia mahukan umatnya di dunia ini selamat dari api neraka. siapapun kita hari ini, apapun agama kita dan siapapun yang kita sembah, kita tetap di berih peluang untuk bertobat....kerana bukan agama itu yang menjamin kita masuk ke syurga melain kan amalan dan kepercayaan kita itulah yang menentukan tempat kita kelak.
     
    **Andai makhluk di bumi Allah semuanya begini .. Insyallah Aman damai dunia ni selama-lamanya

    MiszInfinity 

No comments:

Post a Comment