Marquee

Monday 23 February 2015

Kuasa Allah ...

Assalamualaikum ...

Hehehe .. hari ni im really impress dengan satu kumpulan busker ni .. mmg topik lama tp ari ni misz layan video dorang aje .... huhuhu... sgt mengagumkan. Vocalis org mersing .. proud of him ... ada anak bini boleh survive ...




Doakan mereka berjaya kelak dan sentiasa diberkati ..


Rezeki Allah luas ..


Misz Infinity

Thursday 12 February 2015

Dah Selesa Sangat Bergelar “Single” !

Assalamualaikum..

Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa~ 

Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis  okayy ! 

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh 

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa ! 


#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

 #5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

 #6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

 #7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

 #8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

 #9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

 #10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

 #11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

 #13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

 #14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

 #15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !



Jadi, sejauh mana korang selesa bergelar single ?
Sejujurnya, bagi aku.. tidak salah pun single lama-lama… Kalau jodoh belum tiba, takkan nak dipaksa-paksa ye dak ? Karang kena cop desperado pulok… ! Berkawan biar beribu.. berkasih tetap satu itu, inshaAllah.. Tiba masa nanti mesti settle down jugak, sebab jodoh tu dah pun Allah tentukan untuk setiap hambaNYA. As for me, kedudukan aku yang paling tepat berada di nombor 7 dan nombor  11 ! Hahahaa… Aku selesa dengan kehidupan dan pekerjaan aku sekarang walaupun sangat mencabar. Tapi takpe.. I’ll go with the flow and just patiently wait for the time for Allah to send me my imam okay ? Pergghh ayat !

Tuesday 13 January 2015

YA ALLAH,BERIKAN AKU KEKUATAN SEPENUHNYA....

ســـــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Allah izinkan aku menulis luahan hati ini
bukan untuk meminta simpati tetapi untuk meredakan hati


telah kau titipkan aku seorang lelaki pada suatu hari itu
kau izinkan dia hinggap di hati ini
kau pamerkan segala cirinya padaku
kau bukakan hatiku untuk membuka pintu itu

"Ya Allah adakah dia yang Terbaik buatku" ku berbisik disaat itu
ku Berdoa semoga kau tunjukkanku segalanya
dan disaat dia memberikanku harapan
kau terus izinkan ku melangkah kehidupan itu
kau suburkan rasa didalam hatiku
ku syukur diatas kurniaanmu itu
Ucapan Terima Kasih untuk mu selalu di dalam Sujudku

Namun cerita lain yang kau persembahkan buatku
Ya Allah aku tahu kau selalu Inginkan yang terbaik untk Hambamu
ku Pasrah ku akur dengan Jalan Ceritamu
Kau kuatkanlah aku
Aku merayu padamu didalam setiap doaku buatmu


Ya Allah…
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah

Berikan aku Ketenangan di saat jiwa ku patah
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku semua rasa – rasa itu…

Tuesday 6 January 2015

Arrgghh .. AKU SUNYI !!!!

Salam ...


Arrggghhh.. Aku Sunyi !!! ..

Hahaha.. mesti korang terkejut kan .. saje je ... Tu adalah script dari cerita Manisnya cinta di Cappadocia .. Cerita tu ade sket2 terkait dengan hidup Misz .. Jodoh memamg liat .. Wallahualam x tau la kenapa.. Sejak Si Dia Pergi untuk selama-lamanya , my love story mesti terkene ngan orang yang x sepatutnya .. Aihhhh ..

Betol kata FAZURA .. terkadang rasa sunyi tu datang dengan sendirinya .. x tau la er .. mungkin sbb tgk adik2 dah kawen .. dah Ade ANAK ..  Naluri Seorang Perempuan mungkin memang begitu .. Yang makin risau ialah MAMA eden ler .. Adoi hai ... penat nak jawap soalan dia ..  hahaha..

Insyallah, aku percaya jodoh Allah tentukan .. Lambat atau cepat yang penting dia turunkan insan yang dapat menunutun aku ke jalan kebaikkan ..

 Rezeki Allah Amat Luas ...

See ya Later k .. 

Salam


With my Lil Nephew

Selamat Tahun Baru 2015

Salam Bahagia semua,

Selamat tahun baru ,

Bila sebut tahun baru mesti orang akan tanya pasal azam... Erm .. Kalau misz xde plak azam baru cuma meneruskan azam lama yang belum tercapai lagi.. X banyak tapi perlu selesaikan dan capai azam tersebut baru boleh proceed yang baru ..

Haha.. mesti korang fikir , susah sangat ke azam misz ... xde susahnya .. Mungkin belum diizinkan oleh Allah s.w.t.. Usaha untuk capai dan genggam erat serta jangan sampai terlepas dan keciciran ... hahaha.. amboi .. Ayat macam ape je ..

K la Geng ... leave it to Allah and we Just Do It  ( macam NIKE lak .. haha ) sampailah tercapai ..

Love u Geng ,

Salam