Marquee

Wednesday 22 January 2014

Fakta Anak Sulong

:: FAKTA ANAK SULONG ! 

Kajian daripada DOKTOR. USTAZ FADHILAH KAMSAH.

1. Senang memaafkan orang.
2. Garang macam harimau.
3. Kalau gelak tak ingat dunia.
4. Sensetif, hati lembut.
5. Ramai peminat.
6. Mudah menyayangi orang lain. ]
7. Sukar melupakan orang yang dia syg.
8. Selalu menjadi tumpuan orang ramai.
9. Snyuman tetap d'bibir walaupun sedih.
10. Sentiasa mengingati kawan lamanya.
11. Manja.
12. Suka haiwan.
13. Peramah
14. Mudah nangis.
15. Cemburu yang kuat

.. 100% benar saya share sbb sye anak SULONG ::

Apa yang Wanita Mahukan?


Wanita mungkin makhluk menyebalkan buat lelaki. Meskipun begitu, lelaki tetap saja memerlukan wanita untuk mengisi kehidupannya hingga tua. Kedua-dua makhluk ini sama-sama saling memerlukan untuk melengkapi hidup.

Hanya saja, mungkin wanita perlu pengertian dalam beberapa hal. Secara perangai, lelaki dan wanita berbeza. Dan, mungkin inilah beberapa perkara yang sebaiknya menjadi catatan lelaki dalam melayan kekasih wanitanya:

-Tidak ada orang yang sempurna. Oleh kerana itu, hormatilah wanita sekali pun mereka sering mengutamakan emosi berbanding logik saat menyelesaikan sesuatu masalah.

-Berikan atensi positif ketika berbual dengan wanita. Jika saat berbual konsentrasi anda justru ke hal lain, misalnya melihat televisyen, itu boleh membuatnya marah. Tanggapilah perbualan itu dengan baik.

-Wanita mungkin sering mengeluh. Oleh kerana itu, jadilah pendengar yang baik buat mereka saat masalah datang.

-Komunikasi itu penting. Seringlah mengajak bicara pasangan anda secara empat mata. Elakkan terlalu sering berbicara melalui telefon atau SMS.

-Wanita memerlukan peribadi "seperhero" dari pasangannya. Jadi orang yang mampu menjadi penolong bagi pasangan wanita anda. Jangan malu membantu sekali pun itu urusan memasak di dapur atau mengerjakan urusan rumah tanggaTidak ada orang yang ingin dibohongi. Begitu pula wanita, jika sudah merasa dibohongi maka sakit hatinya boleh berlangsung lama. Berusahalah untuk selalu jujur ​​kepadanya.

-Meski seorang wanita sudah menjadi seutuhnya milik anda, kadang ada beberapa perkara yang mendorongnya untuk menikmati kesendirian. Entah itu mengembangkan hobi, memanjakan diri, dan sebagainya. Maka, berikan peluang kepada wanita untuk sesekali menyendiri dengan urusannya.

-Kalau anda mencintai wanita, maka belajarlah untuk boleh romantis terhadapnya. Sentuhan lembut penuh kasih sayang akan memberikannya rasa aman dan selesa.

-Wanita memerlukan ikutan yang boleh mengajar tentang moral. Mengajarkan mereka tentang pelbagai kebaikan itu penting agar tidak salah arah

-Bergurau akan menghangatkan suasana dan mendekatkan hati. Namun, janganlah bergurau secara keterlaluan. Tetaplah memperhatiakan hal sensitif dalam mengeluarkan humor

Tuesday 21 January 2014

Why sesetengah wanita suka Laki orang

Lately ni, ramai yang menghantar email masalah cinta mereka akibat TERjatuh cinta dengan suami orang. Bukan minta, bukan sengaja tapi Terrr…. ;)
Well, my answer to them, “I tidak menyalahkan mereka as wanita yang telah jatuh cinta dengan suami orang ini” …i’m very sure, ramai si isteri-isteri yang membaca artikel Brother Love kali ini akan melenting la kan. BUT, I wrote this not because nak buat you all marah okey…simply nak cuba mencari solutions.
This articles is about those girls yang TERjatuh cinta, like I said earlier…bukan disengajakan! Mungkin ada yang sengaja cari laki orang tapi ITU, out of my topic…
To me, sudahlah susah untuk mereka menerima situasi ini, bercinta dengan suami orang, thinking of getting to be the 2nd wife…lepas tu layanan yang terlalu romantik dan amat mesra diterima dari suami orang ni, kemudian dituduh perampas pula. How can we blame them?
It’s not easy for them to even think to be 2nd wife, kena please berapa ramai orang yang terdahulu?! BUT …dah sayang, dah cinta…ingat boleh senang-senang lupa ke?
Lihatlah apa kata mereka….
~ Kata gadis 1 : “Saya dah elak bro, dan try untuk in love dengan single man, tapi they all semua gelojoh, tak pandai ambil hati, jadi saya benci. So, everytime jumpa yang saya suka je, mesti lelaki tu dah berkahwin! …nak buat macamana?”
~ Kata gadis 2 : “Tak tahulah pasal apa, suami orang ni memang pandai take care lah bro. Tak macam lelaki-lelaki muda dan belum berkahwin ni semua. Kita pula yang kena take care of them, boring!”
~ Kata gadis 3 : “Awal-awal tu, tak tahu yang dia dah berkahwin. Tengok dia free je. Always have time for me. Call pun boleh anytime, sms pun dijawab setiap masa. Selalu jumpa…so kita ingat dia single la. Tak sangka pula dia dah berkahwin. Masa tahu tu, kita dah sayang dah kat dia bro…”
~ Kata gadis 4 : “Kalau isteri dia tak mahu suami cari lain, dia kena lah bijak menjaga suami. Masak setiap hari kat suami, supaya suami jangan makan luar je. Nanti isteri pun dia cari kat luar lah, terkenan dengan masakan orang luar!”
~ Kata gadis 5 : “Kami wanita ni cepat kesihan kan orang bro…kami kaum yang lemah, bila seorang lelaki datang meluahkan perasaan sedih mereka, rasa kecewa mereka dengan perkahwinannya…mesti kita rasa kesian punya bro. Sebagai seorang wanita, mestilah saya turut merasa sedih. Sudahlah si suami ni ‘tak dapat’ servis lama bro. Sebagai isteri kenalah bagi suami kepuasan yang diminta, kalau dia tak boleh…biar saya bagi, saya boleh bro!”
There you go…let’s play blaming game!! …now you nak salahkan mereka? How can you? You salahkan one girl, then suami you minat the other girl yang lagi cun punya and then you salahkan that girl pulak…
Nampak tak its not the girls fault? …its your husband, you sould blame the husband and maybe diri sendiri juga kerana membiarkan perkara ini berlanjutan sehingga si suami keluar mencari yang lain. Menyalahkan orang lain di dalam hal ini tidak akan menyelesaikan apa-apa. You got no one to blame except YOU!
BUT…my advised here, jangan play the blaming game! Find the solution! Apa masalahnya yang sebenar? Mengapa suami anda berubah hati? Cari dan cari, then try so solve it!
Cari jalan penyelesaiannya… for example :-

  • Jika dia nak yang seksi, then seksi kan diri anda demi suami
  • Jika dia nak makan sedap-sedap dirumah then, masakkan dia yang sedap-sedap. Belajar masak!
  • Jika dia terlalu banyak masa terluang….penuhkan masa bersama dia, go for a holiday
  • Jika dia fikir ada wanita lain yang lebih cantik pada you, cantikkan diri you lebih pada wanita itu
  • Jika dia nak have sex…aihhh, sex pun tak nak ke? Bagi lah dia puas-puas!
The solution is, buatkan segala-gala lebih dari apa yang si suami mahu. Berikan dia satu pengalaman yang tidak pernah dialaminya, seolah-olah anda, suami isteri sedang HAVING AFFAIR!. Buatkan setiap hari ada berbagai-bagai perkara menarik yang tidak pernah anda lakukan bersama suami. Jadikan diri anda lebih baik dari mana-mana wanita yang pernah dia minati.
TAPI, kalau hingga ke tahap itu anda lakukan, then suami masih cari wanita lain… then you kena cari suami lain pulak lah, obviously suami you dah tak boleh terima you lagi, or maybe suami you memang jenis suka lebih seorang wanita… well, itu bukan salah sesiapa lah memang dah sah suami tu yang gatal! ;)
p/s : Belajar bagaimana membuat LELAKI BAHAGIA klik di sini

Suami Orang


BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG TAPI TAK BERHASRAT JADI PERAMPAS

Jatuh cinta!

Perasaan yang cukup indah namun tidak semua kesudahan rasa cinta ini membahagiakan.
Ada yang kecewa, sedih dan pelbagai lagi.
Kisah kasih yang terhalang kerana status suami orang yang dipegang. 


1. SI DIA TIDAK AKAN BERANI MEMBUAT SEBARANG KOMITMEN DENGAN KAMU
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri. Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!




2. SANGGUP MENIPU ISTERINYA
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu. Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.


3. HUBUNGAN SECARA SULIT
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah. Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!


4. LELAKI LEBIH BERUNTUNG
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami kerugian kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah. Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!


5. MAMPUKAH KAMU MENCINTAINYA?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya. Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!


6. SI DIA AKAN HILANG HORMAT TERHADAP KAMU
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya. Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak test market saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.


7. PEMUSNAH RUMAH TANGGA ORANG LAIN
Ingat! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri. Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!


8. KAMU MENIPU DIRI SENDIRI
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai Action that speak louder than wordsâ(pandai cakap tapi buatnya tidak!)


9. BERWASPADALAH DENGAN BOOMERANG KESALAHAN
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru. Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita. Haiiiii Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !


10. MASA ITU EMAS! DAN KAMU TIDAK SEPATUTNYA MENSIA-SIAKANNYA
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi. Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!

Hati Yang Amat Terluka ( Cinta 3 Segi )

Sebnarnya aq jnguk blog nie sbb aq nk luah someting.t'lalu brat beban yg aq ngh tnggung skrg nie.rs sakit sgt ati nie smpai aq rs aq x mmpu nk harungi sume nie lgi.sakit sgt ati nie,rs de mende brat yg dduk dlm ati nie.hurm.....aq x tau smada kesakitan kat ati nie akn ok ke x.sbb aq dh x mmpu nk wat pe2,kesakitan yg aq x mmpu nk sembuhkan.kenapa perlu de org ketiga dlm hubungan.. ke aq ni org ketiga .kenapa mesti aq d uji sebegini rupa.kenapa dia tak bgtau dr awal lagi??  terduduk aq bila dpt panggilan dr org ketiga tu ..

Kenapa ati ni slalu d lukai???? setelah aq curah kasih syg nape kesakitan yg aq dpt??? kenapa Allah bg aq dugaan yg terlalu besar smpai aq kdang2 x mmpu nk harungi sume nie.aq bkn x b'syukur n redha ngn dugaan yg Allah bg tp aq dh x kuat.luka yg kian smbuh kembali b'darah smpai aq x pasti ati ini akn sembuh.aq dh ptus asa...."Ya Allah,terlalu besar dugaan yg kau berikan pd ku.ku tau terlalu byk dosa yg ku lakukan dan ku terima andai ni hukuman yg kau trunkan ntk ku Ya Allah.wlpn ku x mmpu ntk harunginya aq redha Ya Allah..Kau berikan aq kekuatan utk terus harungi kehidupan ni Ya Allah."

Patut x kalo aq tarik diri?? sbb aq x mmpu nk harungi sume nie.sbb aq tau ati si dy x kn de aq je.kalo x dy x kn berbelah bagi.kalo aq stay pn aq pasti ati aq yg akn terluka.aq yg akn sntiasa m'galah. Boleh ke aq harungi semua ini ... aq takut andai aq tunggu , pasti akan buang masa sekiranya segala yang dirancang x menjadi .. Sekali lagi Ya, Allah .. berikan aku petunjuk ... haruskah aku pergi dari hidup dy ...

Hurm..aq x mmpu nk tmpung air mata nie lgi.mkin pnjg aq tulis mkin laju air mata nie..mkin laju air mata nie mkin sakit ati nie.aq syg n rindu dy ...aq x nk kehilangan dy.i need 2 stop,mkin laju air mata nie...
Aku insan malang dalam bercinta

Friday 17 January 2014

Buat Bakal Imamku




Dengan ucapan lafaz agungNya yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…Semoga warkah yang terlayang ini diniat dan disandarkan kepada redhaNya cuma. Tuhan, semoga isi warkah ini tidak lari dari isi ucapan yang ingin Engkau sampaikan jua kepadanya…

Bakal Imamku,

Setelah memeterai janji, tanpa sedar setahun telah berlalu. Janji memberi sebuah jawapan yang pasti kepada akhi. Jawapan yang insya allah telah ku pinta dan pohon kepadaNya dalam tahajudku dengan sungguh-sungguh hati.Sesungguhnya, dalam tempoh setahun ini telah banyak kali sudah ku beristikharah, bermula dari awal risikan kepadaku sehinggalah ke akhir ku ingin mengambil keputusan ini. Suatu kata putus yang cukup besar untuk ku putuskan dalam hidup. Kerana soal jodoh bukan soal main-main. Soal untukku pilih imam yang dapat memegang tanganku hingga ke syurga Tuhan.

Risikan demi risikan datang. Dan ku tidak mampu menjawab pertanyaan demi pertanyaan beberapa orang muslimin yang mendambakan sebuah jawapan. Benarlah, membuat pilihan tentang jodoh bukan suatu pilihan yang senang. Dan ku tiada kekuatan dan tidak berhak sebenarnya untuk memilih. Kerana pilihan itu bukan dalam tanganku, tetapi dalam tanganNya, yang tersimpan juga dalam redha ibubapa.

Bakal Imamku,

Siapalah diriku jika dibandingkan dengan perempuan yang lain. Jika inginkan rupa jelita, jangan pandang diriku kerana ku tidak memilikinya. Jika inginkan kekayaan, jangan pilih diriku, kerana ku tidak punya apa-apa harta. Jika ingin yang bijaksana, ramai lagi yang jauh berintelek dan bijak pandai di luar sana. Sungguh,, diriku tidak punyai apa-apa. Yang ada, cuma satu. Cuma agamaNya yang ku pegang . Cuma itu.

Bakal Imamku,

Tidak usah menunggu lagi…Bukan niatku untuk menyeksa, tetapi itulah yang ku pinta. Cuma inginkan redhaNya dalam keputusanNya. Dalam keputusan yang DIA putuskan untuk kita.
Bismillah…Ku menerimamu seadanya, selayaknya yang ALLAH pilih untukku. Dan terimalah daku seadanya, yang selayaknya ALLAH tetapkan untukmu. Keputusan ini lahir tulus dari sanubari hati, keyakinan disandarkan kepada yang Maha Esa, semoga bernaung pula di bawah redha Maha Pencipta cinta.

Bakal Imamku,

Jika kau ditimpa musibah dan merasa gelisah, adukanlah dalam sujud kepada ALLAH, hanya ALLAH yang mampu menyelesaikan segalanya. Jika kau merasa gembira, kongsilah ia dengan sujud syukur kepada Pemberi nikmat itu. Apa jua keadaan yang dirasa sepanjang tempoh penantian ini hatiku dan hatimu, serahkan segala rasa itu kepada Pemilik yang selayaknya, ALLAH yang Maha Esa.

Bakal Imamku,

Dalam menantikan saat kita diijab kabulkan nanti, tolong persiapkan dirimu dengan sebaik mungkin. Dan ku juga sama. Sama-sama kita persiapkan diri menjadi sebaik-baik hambaNya. Dan pesan terpenting dariku akhi, jagalah ketulusan hatimu. Janganlah melakukan suatu amal atau perubahan semata-mata kerana ingin menikahiku. Sebaliknya, sucikanlah niat itu semata-mata untuk ALLAH sahaja. Apa-apa jua kejayaan dan impian yang engkau ingin gapai, usah persembahkan untukku, tetapi sentiasa pastikan ia kerana redha Tuhanmu. Suka untukku ingatkan dengan sepotong hadis yang masyhur ini. Semoga kita sama-sama sentiasa memegangnya.

Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat, dan sesungguhnya untuk setiap orang itu apa yang diniatkan olehnya, barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya akan menuju kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang hijrahnya untuk dunia atas kesenangannya, atau perempuan untuk menikahinya, maka hijrahnya akan menuju kepada apa yang ditujunya  (dunia dan perempuan tadi)

Akhir kalam…

Bakal Imamku,

Jagalah iman dengan sebaik-baik jagaan, perkuatkan ia dengan taqarrub kepada Tuhan. Sama-sama kita berpasrah dan berserah segalanya untuk masa depan, semoga DIA menetapkan yang terbaik buat kita. Buat diriku dan dirimu yang cuma inginkan kasih itu dalam kasihNya agar DIA menjadi redha kepada ikatan suci ini berakhir dengan cinta suci hanya keranaNYA…Sekian dariku, wassalam…

Selamat Tahun Baru 2014

Assalamualaikum ...

uhuk uhuk ... adoi .. dh berhabuk bloggy ni .. cian dia ... Sorry la guys .. im so bz @ d end of 2013 ...

Just Wanna Say Happy New Year To All Blogger ...