Marquee

Wednesday 29 May 2013

6 CARA ATASI MASALAH MENGANTUK DI PEJABAT


                          Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. So beberapa hari ni faktor tersebut telah menjunamkan saya ke lembah ngantok kerana melayan/bertugas untuk Festival Belia Putrajaya baru2 ni . Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat. Huhuhuhu ..............

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lontarkan padangan anda keluar sektika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap berrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..

5 Punca Tidur Terganggu


1-Mendengkur
Bunyi dengkuran anda disebabkan oleh bahagian dalam leher anda yang kendur semasa anda tidur. Ia tergantung di belakang mulut anda. Angin yang masuk menyebabkan ia bergetar lalu menghasilkan bunyi dengkuran.

Lebihan isi di bahagian dalam leher. Lebih banyak tisu yang bergetar, dengkuran akan berlaku. Ini selalu terjadi kepada orang yang mempunyai leher atau tonsil yang besar. Bagi orang yang gemuk, laluan didalam leher menjadi sempit, menyebabkan halangan kepada angin. Selain itu, ketumbuhan juga menyebabkan dengkuran.

Sesetengah orang mempunyai kerongkong yang panjang dan lelangit yang lembut. Apabila angin masuk ia bergetar dengan kuat kerana ianya panjang.

Halangan di laluan hidung juga meyebabkan pergerakan udara terhenti dari hidung ke paru-paru. Bagi mereka yang hidungnya tersekat, mereka terpaksa bernafas melalui mulut. Ini menghasilkan vakum atau kekosongan udara di tengkuk. Kerongkong akan lebih bergetar dengan kuat. Ini selalu berlaku ketika anda demam atau selesema.

Struktur hidung juga menyumbang kepada berdengkur. Kecacatan pada septum hidung, struktur yang memisahkan kedua-dua lubang hidung, boleh menyebabkan dengkuran.
Bernafas melalui mulut juga menyebabkan dengkuran. Apabila rahang terbuka semasa tidur, lidah akan masuk ke dalam tengkuk dan menghalang laluan angin.

Tiada lagi dengkuran!
Masalah dengkuran boleh dihilangkan. Jika ada lebihan isi, atau tonsil yang besar, pembedahan boleh membuang isi tersebut. Bagi yang gemuk, diet adalah cara terbaik. Pembedahan juga perlu bagi mereka yang mempunyai kecacatan pada septum hidung. Bagi mereka yang hidung tersekat dan terpaksa bernafas melalui mulut, ini boleh dibetulkan dengan melakukan beberapa teknik pernafasan hidung yang betul. Terdapat juga peralatan yang boleh membantu anda berhenti berdengkur.

2-Tidak boleh tidur tanpa suara TV
Bagi pasangan yang perlukan ketenangan untuk membolehkan tidur, kebiasaan ini pasti sangat menyebalkan. Bahkan saat sudah terlelap, beberapa orang boleh kembali terjaga “sleep timer” mematikan TV secara automatik. Kebiasaan ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan alat dengar untuk mendengar radio. Namun jika kesan dari suara TV tidak boleh digantikan dengan suara radio, maka hal ini harus dibicarakan dari hati ke hati dengan pasangan tidurnya.

3-Tidak boleh tidur tanpa menyalakan kipas angin
Kebiasaan ini akan menjadi masalah jika pasangannya mudah mengalami masuk angin. Jika tidak dihidupkan ia tidak boleh tidur, sementara jika dihidupkan pasangannya boleh mengalami sakit masuk angin. Jika perlukan hembusan angin agar boleh tidur, masalah ini boleh diatasi dengan menetapkan posisi tidur agak berjauhan dari kipas dan menghala kan  kipas ke dinding ,agar tidak mengganggu pasangan.

4-Tidak suka disentuh
Ada orang yang suka tidur sambil berpelukan, ada juga yang perlukan  ruang lebih longgar dan luas untuk membolehkan dia tidur nyenyak. Bahkan ada yang mudah terjaga dengan keadaan berpeluh sejuk jika disentuh pasangannya saat terlelap. Meski sebenarnya tidak ada masalah personal, perbezaan cara tidur ini boleh mencetuskan salah faham dalam kehidupan rumah tangga(kalau dah kahwin la). Tidak ada cara lain, masalah ini harus diatasi dengan komunikasi yang baik agar masing-masing boleh berehat dengan tenang.

5-Suka bangun lebih awal
Satu lagi perbezaan pola tidur yang bole jadi masalah adalah kebiasaan bangun terlalu pagi. Misalnya saat pasangannya masih ingin bermalas-malasan di tempat tido, tiba-tiba lampu sudah dihidupkan lalu terdengar bunyi pancuran di bilik mandi serta aktiviti lain yang mengganggu tidur. Meletakkan lampu meja yang agak malap boleh mengurangkan gangguan bagi yang ingin bangun lebih siang. Saling memahami, bagaimanapun menjadi kunci kerana aktiviti apapun sebenarnya boleh dilakukan tanpa mengganggu pasangan yang sedang tidur.

No comments:

Post a Comment