Marquee

Monday, 23 February 2015

Kuasa Allah ...

Assalamualaikum ...

Hehehe .. hari ni im really impress dengan satu kumpulan busker ni .. mmg topik lama tp ari ni misz layan video dorang aje .... huhuhu... sgt mengagumkan. Vocalis org mersing .. proud of him ... ada anak bini boleh survive ...




Doakan mereka berjaya kelak dan sentiasa diberkati ..


Rezeki Allah luas ..


Misz Infinity

Thursday, 12 February 2015

Dah Selesa Sangat Bergelar “Single” !

Assalamualaikum..

Haaa baca tajuk ni, mesti ada yang teringat kat mana-mana kawan-kawan yang dah menyingle berapa lama dah, tapi tak pernah nampak tanda-tanda nak terlibat dengan kancah percintaan yang penuh onak duri ni… apatah lagi nak bina masjid ! Tak kurang juga mesti ada yang terasa sendiri sebab diri sendiri dah lama single tapi belum ada tanda-tanda lelaki idaman nak jatuh dari langit. Kahh !! (Cakap orang, diri sendiri yang menaip ni sentap jua) Hahaa~ 

Tapi betullah kan.. Ada di antara kita yang dah lama sangat single. Orang yang single lama-lama ni cenderung untuk menjadi sangat independent, kurang bergantung harap dan menggantung perasaan terhadap lelaki, dan juga dia boleh dapat atau capai apa yang dia nak sendiri. Tak payah nak harap orang lain. Gituu.. Hah ! Kalau dah selesa hidup sendiri, mungkin kita tak rasa rushing nak kahwin ke apa kan. Atauuuu punnn, ada jugak yang masih TAK PERASAN bahawa dirinya dah terlalu selesa jadi single ! Serious bacalah entry ini sampai habis  okayy ! 

#1 Korang tak kisah melepak je kat rumah atau tak ke mana-mana bila tibanya hari minggu. Korang lagi rela duk rumah habiskan baca novel atau tengok movie kat TV daripada make calls randomly and ajak kawan keluar tengahari buta,
Kalau orang yang ada pasangan ni, dorang dah menggeletis nak plan dating kat mana kan.. Yelah, Isnin sampai Jumaat duk kerja, maka hari minggu lah nak bermanja dan melempias rindu. #Ehhh 

#2 Korang sejujur-jujurnya gembira di atas hari-hari bahagia kawan-kawan korang atau orang sekeliling korang. Contohnya pertunangan, perkahwinan atau melahirkan anak.
Ehhh macam aku je. Aku suka sangat sangat baby kot ! So aku yang excited lebih kalau jumpa anak orang ahahaa ! 


#3 Korang tak pulak rasa tak selesa bila korang keluar hang out dengan kawan-kawan yang berpasangan. Tak rasa awkward, tak rasa jelesnya tengok orang memanja, makan pun nak suap pakai kaki. HAHA kidding !

#4 Bila kena tanya mengenai status hubungan, korang boleh jawab dengan jujur, takde dolak-dalih, takde kisah drama samarinda ke apa. Sebab korang tak rasa dengan menjadi “single” tu memalukan atau salah.

 #5 Korang boleh makan kat luar, tengok movie dan… travel sorang-sorang. Hahaha.. Korang tak rasa pun korang kena cari someone nak teman ke apa.
Haa kalau petanda nombor 5 ni aku fail sikit. Kalau makan sorang tu, aku selalu bungkus atau masak kat rumah (walau masak megi sekalipun)

 #6 Bila ada orang merasakan “Eh something wrong la kan si polan tu, duk single je dah berapa lama dah tu..” Maka, korang pulak akan membuat kesimpulan bahawa orang yang berprasangka itulah yang something wrong nya ! Kann ???

 #7 Walaupun single.. jadual korang padat ! Padat dengan aktiviti yang melibatkan percutian, sarapan / makan tengahari / dinner dengan kawan-kawan lama atau kawan sekerja, keluar tengok wayang dengan ahli keluarga atau kawan, seminar, kursus dan memacam lagi lah.
Kejap nak pergi yoga lah, kejap nak try taichi tepi tasik dengan aunty and uncle lah.. Kejap nak masuk gim nak sadorkan diri lah. Ambui !

 #8 Korang seakan lupa bagaimana keadaannya di dalam sesuatu perhubungan tu. Korang dah tak ingat atauuu tak ambil tahu mengenai isu seperti – Berapa banyak kali nak berbalas mesej ? Bila nak buat apa-apa atau pergi mana-mana kena tanya pasangan tak ?

 #9 Korang abaikan saja mesej-mesej manis yang datang dari entah siapa-siapa sebab korang tahu yang korang takde masa nak layan benda-benda yang kelihatannya bukan untuk jangka masa panjang. Korang boleh dapat agak kalau seseorang tu tak serius dengan korang atau pun orang tu tidak muncul sebagai “pasangan berpotensi” HAHA !

 #10 Jauh di dasar hati korang tu, korang sehabis jujur bahawasanya korang berasa gembira dan selesa di mana korang berada sekarang. Korang tak susah hati tengok kapel budak-budak sekolah duk lepak kat taman permainan depan rumah orang.

 #11 Korang mungkin ada keinginan serta perancangan awal untuk berkahwin, settling down.. tapi korang tak pernah rasa tertekan mengenainya, jauh sekali nak rushing cari calon ke apa. Korang takde lah rasa tertekan nak melancarkan kempen “30 hari mencari cinta” ke apa.

#12 Korang tak suka atau RIMAS dengan ideologi (perghh) bahawasanya kalau korang ada kapel dengan someone, korang kena mintak izin atau repot kat pasangan korang mengenai setiap benda yang korang buat. Nak keluar kedai beli Kotex pon nak repot ke ? Hahaa. Sudahnya, korang lagi selesa single. Pergi mana-mana pun sukahatilahh.

 #13 Korang takde masalah bila bersendirian. Korang tak rasa serba kekurangan tulang rusuk ke, tulang kaki ke, sup tulang ke. Hahaha.. Korang just.. nikmati masa yang ada dan lakukan apa yang korang nak.

 #14 Korang memberi sokongan moral kepada mereka yang takut untuk bersendirian, malah korang mendoakan mereka supaya menemui cahaya di jalan nan gelap dan menghargai setiap detik bergelar single. Wakakaa…

 #15 Korang tak rasa terkilan di atas kegagalan hubungan lalu. Haa malah, bersyukur pulak yang hubungan tu berakhir ! Takde sakit hati, takde makan hati ke.. limpa ke.. Kalau hubungan tu tak berakhir, korang tak sebahagia sebagaimana korang sekarang. Haaa gituu !



Jadi, sejauh mana korang selesa bergelar single ?
Sejujurnya, bagi aku.. tidak salah pun single lama-lama… Kalau jodoh belum tiba, takkan nak dipaksa-paksa ye dak ? Karang kena cop desperado pulok… ! Berkawan biar beribu.. berkasih tetap satu itu, inshaAllah.. Tiba masa nanti mesti settle down jugak, sebab jodoh tu dah pun Allah tentukan untuk setiap hambaNYA. As for me, kedudukan aku yang paling tepat berada di nombor 7 dan nombor  11 ! Hahahaa… Aku selesa dengan kehidupan dan pekerjaan aku sekarang walaupun sangat mencabar. Tapi takpe.. I’ll go with the flow and just patiently wait for the time for Allah to send me my imam okay ? Pergghh ayat !

Tuesday, 13 January 2015

YA ALLAH,BERIKAN AKU KEKUATAN SEPENUHNYA....

ســـــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم


Ya Allah izinkan aku menulis luahan hati ini
bukan untuk meminta simpati tetapi untuk meredakan hati


telah kau titipkan aku seorang lelaki pada suatu hari itu
kau izinkan dia hinggap di hati ini
kau pamerkan segala cirinya padaku
kau bukakan hatiku untuk membuka pintu itu

"Ya Allah adakah dia yang Terbaik buatku" ku berbisik disaat itu
ku Berdoa semoga kau tunjukkanku segalanya
dan disaat dia memberikanku harapan
kau terus izinkan ku melangkah kehidupan itu
kau suburkan rasa didalam hatiku
ku syukur diatas kurniaanmu itu
Ucapan Terima Kasih untuk mu selalu di dalam Sujudku

Namun cerita lain yang kau persembahkan buatku
Ya Allah aku tahu kau selalu Inginkan yang terbaik untk Hambamu
ku Pasrah ku akur dengan Jalan Ceritamu
Kau kuatkanlah aku
Aku merayu padamu didalam setiap doaku buatmu


Ya Allah…
Berikan aku kekuatan di saat aku rebah

Berikan aku Ketenangan di saat jiwa ku patah
Berikan aku kedamaian di saat hati dan jiwaku kusut dan terbelah
Berikan aku seluhur kasih sayangMu…
Berikan aku semurni cintaMu
Berikan aku semua rasa – rasa itu…

Tuesday, 6 January 2015

Arrgghh .. AKU SUNYI !!!!

Salam ...


Arrggghhh.. Aku Sunyi !!! ..

Hahaha.. mesti korang terkejut kan .. saje je ... Tu adalah script dari cerita Manisnya cinta di Cappadocia .. Cerita tu ade sket2 terkait dengan hidup Misz .. Jodoh memamg liat .. Wallahualam x tau la kenapa.. Sejak Si Dia Pergi untuk selama-lamanya , my love story mesti terkene ngan orang yang x sepatutnya .. Aihhhh ..

Betol kata FAZURA .. terkadang rasa sunyi tu datang dengan sendirinya .. x tau la er .. mungkin sbb tgk adik2 dah kawen .. dah Ade ANAK ..  Naluri Seorang Perempuan mungkin memang begitu .. Yang makin risau ialah MAMA eden ler .. Adoi hai ... penat nak jawap soalan dia ..  hahaha..

Insyallah, aku percaya jodoh Allah tentukan .. Lambat atau cepat yang penting dia turunkan insan yang dapat menunutun aku ke jalan kebaikkan ..

 Rezeki Allah Amat Luas ...

See ya Later k .. 

Salam


With my Lil Nephew

Selamat Tahun Baru 2015

Salam Bahagia semua,

Selamat tahun baru ,

Bila sebut tahun baru mesti orang akan tanya pasal azam... Erm .. Kalau misz xde plak azam baru cuma meneruskan azam lama yang belum tercapai lagi.. X banyak tapi perlu selesaikan dan capai azam tersebut baru boleh proceed yang baru ..

Haha.. mesti korang fikir , susah sangat ke azam misz ... xde susahnya .. Mungkin belum diizinkan oleh Allah s.w.t.. Usaha untuk capai dan genggam erat serta jangan sampai terlepas dan keciciran ... hahaha.. amboi .. Ayat macam ape je ..

K la Geng ... leave it to Allah and we Just Do It  ( macam NIKE lak .. haha ) sampailah tercapai ..

Love u Geng ,

Salam

Thursday, 27 February 2014

Pulau2 Unik Di dunia



Pulau - Pulau Unik Yang ada di Dunia


1. Tristan da Cunha:

Pulau yang berada di selatan Samudra Atlantik, 2.816 km dari Afrika Selatan dan 3.360 km dari Amerika Selatan.. Dikeliling oleh gunung dan laut membuat akses ke pulau ini sangat sulit.
Pulau yang berada dalam kedaulatan Saint Helena, Inggris , hanya memiliki penduduk 270 orang.

Pulau ini ditemukan oleh pelaut Portugis Ilha de Tristão da Cunha tahun 1506, kerana itu diberi nama sesuai dengan nama pelaut itu. Begitu pengasingannya pulau ini, sampai s satu satunya penghubung untuk sampai ke pulau ini adalah perahu kerana tidak ada landasan kapal terbang di sana.

Yang juga menjadi masalah adalah adanya penyakit genetic yang diduga terjadi karena perkahwinan antara saudara. Kerana itu dilarang pendatang tinggal di sini.


2. Gunkanjima: Kota Hantu di Tengah Laut

Pada awal 1900-an, Gunkanjima merupakan pulau yang makmur karena kekayaan batu baranya. Mitsubishi Corporation yang mengelola perlombongan batu bara di sini, benar-benar membuat Gunkanjima menjadi kota yang kaya dan padat penduduk, padahal luas pulau ini kurang dari 1 km2.

Gunkanjima, 
Japan

Untuk penginapan para pelombong, sepuluh kompleks apartmen dibangun di atas batu kecil - sebuah susunan tinggi dihubungkan dengan halaman-halaman, koridor, dan tangga. Ada sekolah, restoran, dan rumah, semua dikelilingi oleh tembok pelindung.

Pulau ini dikenal sebagai "nashi Midori Shima," pulau tanpa warna hijau. Tahun 50-an jumlah penduduk mencapai 6000 orang, ini merupakan pulau terpadat penduduknya di dunia pada masa itu.

gukanjima

gunkanjima-2


Tapi lombong batu bara yang terus di korek hingga ke dasar laut, lama kelamaan habis dan pulau pun ditutup. Pulau yang tak memiliki tumbuhan hijau ini pun lama kelamaan mati. Lima puluh tahun kemudian, pulau ini mirip pulau hantu, apartmen2 mulai runtuh.

Tahun 1974-2009, pulau ini dinyatakan tertutup dari pengunjung. Namun baru-baru ini muncul persediaan baru, pulau unik ini dibuka untuk pelancongan. Pulau ini pun didaftarkan sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco.

3. Dubai's Large-Scale Sand Art: Pulau Buatan Berbentuk Palm Raksasa

Emirat Dubai yang super kaya membangun sejumlah projek menakjubkan yakni pulau-pulau buatan di pantai. Sesuatu yang luar biasa yang mengagumkan dunia, membuat pulau-pulau buatan itu seperti pokok palm raksasa.

Kepulauan ini menjadi projek penambakan tanah terbesar di dunia, juga kepulauan buatan terbesar di dunia. Pulau-pulau itu adalah Palm Jumeirah, Palm Jebel Ali dan Palm Deira.

dubai-2

Penciptanya adalah Sheikh Mohammed bin Rashid Al Maktoum yang bertujuan untuk meningkatkan pelancongan di Dubai. Setiap pulau berbentuk pokok palm, mengungguli sebuah sabit, dan akan dilengkapi dengan berbagai fasiliti yang membuat selesa penduduknya. Palm Islands terletak di  pantai Uni Emirat Arab di Teluk Persia dan akan menambah 250 km pantai kota Dubai.

dubai


Dua pulau pertama akan dibangun dengan sekitar 100 juta meter kubik batu dan pasir. Palm Deira sekitar 1 juta meter kubik batu dan pasir. Semua bahan berasal dari UEA.

Di ketiga pulau tersebut akan dibangun lebih dari 100 hotel mewah, villa dan apartmen eksklusif tepi pantai, marina, taman hiburan air, restoran, pusat membeli belah, fasiliti olah raga dan spa kesihatan.

Pembangunan Palm Jumeirah dimulai sejak Jun 2001. Kemudian, Palm Jebel Ali diumumkan dan menuntut bermula. Palm Deira, yang direncanakan seluas 46.35 meter persegi dan perusahaan pembangun, Nakheel, mengklaim luasnya melebihi Paris, konstruksi dimulai tahun 2003. Pembangunan akan selesai untuk 10-15 tahun berikutnya.


4. Samosir: Pulau di Dalam Pulau

Samosir Island terletak di tengah Lake Toba, danau besar di pulau besar Sumatra, yang adalah sebagian Indonesia.  Ada juga dua danau kecil di pulau.

samosir

samosir-2

Pulau Samosir adalah pulau di tengah Danau Toba di Sumatera Utara, Indonesia. Pulau Samosir diyakini sebagai pulau terbesar dalam sebuah pulau. Luasnya 630 km2, hanya sedikit lebih kecil dari luas asli Singapura yang 714 km2.

Pulau Samosir tercipta sejak 30.000 tahun yang lalu saat terjadi letusan dahsyat gunung berapi. Sedang danau Toba sendiri tercipta 75.000 tahun lalu yang juga akibat letusan gunung berapi. Selain pulau samosir, letusan gunung api juga menyebabkan munculnya semenanjung di daratan pulau sumatera yang kini menjadi kota kecil Prapat.


5. Spratly Islands: World's Most Disputed Islands

Kepulauan Spratly merupakan rangkaian 650 pulau karang yang terletak di Laut Cina Selatan, antara Filipina dan Vietnam. The Spratlys, sebagaimana mereka disebut, adalah bagian dari tiga kepulauan di Laut Cina Selatan, terdiri dari lebih dari 30.000 pulau dan terumbu karang dan yang begitu merumitkan geografi, pemerintahan dan ekonomi di wilayah Asia Tenggara.

spratly

spratly

Belum jelas apa potensi kepulauan ini, namun sempat terdengar telah dilakukan survey awal dan hasilnya, kepulauan ini diindikasikan mengandung banyak minyak dan gas bumi.

Yang unik dari kepulauan ini adalah 45 pulau ditempati oleh sejumlah kecil pasukan tentera dari berbagai Negara yakni Cina, Taiwan, Malaysia, Vietnam, Brunei.


6. Peacock, Pulau Suci di Tengah Sungai

Pulau comel Peacock Island disebut pulau suci karena adanya kompleks candi suci Umananda. Pulau comel ini berada di tengah sungai Brahmaputra yang luas di Provinsi Assam, India. Candi Umananda dibangun di Guwahati pada 1594, oleh Raja Ahom Assam.

peacock

peacock2

Di antara candi-candi yang terdapat di Assam, candi pemujaan Dewa Siwa inilah salah satu yang paling banyak pengunjungnya. Untuk sampai ke kuil, orang harus menyeberangi sungai dengan perahu dari Kachari ghat. Ada juga layanan feri yang tersedia dari jam 7 pagi di pagi sampai 5 petang di malam hari.


7. Java: Island of People

Jawa adalah salah satu pulau yang berpenduduk terpadat di dunia. Jumlah penduduknya mencapai 125 juta jiwa. Jawa merupakan bagian dari Indonesia, disebut juga memiliki banyak keunikan selain dari jumlah penduduknya yang luar biasa.



java


Di pulau tersebut terdapat dua mega city iaitu, Jakarta dan Surabaya. selain itu, pulau jawa memiliki pemandangan yang menakjubkan.


8. Azores: Rugged and Remote

Pulau yang berada di samudera atlantik ini sungguh unik, anda datang dan ingin memasak, tak perlu memikirkan membuat dapur, cukup galilah tanah dan masukkan periuk dan makanan anda pun akan masak.

Azores adalah kepulauan vulkanik yang berada di lepas pantai Portugal.Keunikan lainnya adalah pulau ini cuacanya yang boleh berubah dengan cepat.


Kalau keadaan normal maka pada musim dingin berkisar 13 darjag celsius musim panas 22 darjah celcius. Namun di sini cuaca boleh berubah dengan cepat. Tak hairan penduduk mengatakan, di pulau ini anda dapat menyaksikan empat musim dalam satu hari. pelik kan??


9. Ellesmere Pulau Kecil yang Beku

Ellesmere adalah salah satu pulau di dunia yang suhunya mencapai titik beku. Tapi Pulau yang masuk wilayah Kanada ini, berada di sebelah barat Greenland ini merupakan alam yang tandus yang menjadi ‘laboratorium' para pakar geologi dan pakar biologi yang sedang mempelajari perubahan alam.

ellesmere-two

ellesmere


10. Ometepe: Pulau Tertua di Dunia Terbentuk dari Gunung Berapi

Ometepe: adalah salah satu pulau paling tua di dunia. Terbentuk dari dua gunung berapi yang meletusl dari danau Nikaragua di Republik Nikaragua. Namanya berasal dari bahasa Nahuatl kata ome (dua) dan tepetl (pegunungan), yang berarti dua gunung.

ometepe

ometepe

Dua gunung api itu adalah Concepción and Maderas . walaupon ianya merupakan pulau gunung berapi yang berbahaya, namun ada penduduk tinggal di sana, dan jumlahnya sedikit.

Wednesday, 26 February 2014

Sukar terlelap

Sejak beberapa hari ni sukar sungguh untuk lelapkan mata .. Setiap kali itu lah aku akan buka gambar2 yang lama aku simpan  .. Sekeping demi sekeping aku belek bertitis2 air mata jatuh .. Rindunya .. Apakan daya, dia telah pon dijempot Yang Maha Esa ..   Banyak jugak kenangan bersama dia .. Bergaduh bersama .. Bernyanyi bersama .. Banyak nasihat diberi .. Aku tahu tiada manusia yang sempurna .. Kesilapan pasti ada dalam diri setiap manusia .. Aku sentiasa berdoa agar diampunkan segala dosa2 nya dan ditemparkan bersama orang2 yang beriman ..

Setelah apa yang terjadi aku lupakan sementara tentang cinta .. Memberi ruang pada diri aku muhasabah diri dan mencari ketenangan agar sedikit demi sedikit dapat aku lupakan keperitan yang melanda tanpa melupakan dia .. Hampir dua tahun lebih aku menutup segala rasa cinta .

Bak kata orang tua2 kumbang bukan seekor .. Mungkin tuhan memberi peluang kepada aku ..  Berkenalan lah aku dengan seorang jejaka yang agak baik ... Baik tutur kata dan sopan orangnya .. Rakan media  sosial yang mungkin lama menjadi kawan .. Tapi x tau la kenapa tetiba terbuka hati untuk mengenali dirinya .. bermula putik kasih dan sayang .. Apa jua untuk mu ketika itu.

Namun sepanjang  tempoh kenal dan bercinta selama hampir 2 tahun ada rahsia yang tersimpan yang x pernah aku tahu .. Lelaki yang selama ni aku sayang dan cinta mati rupanya kepunyaan seorang wanita dan berharta seramai 5 orang ... Ya Allah bertapa luluhnya hati tuhan je yang tahu .. Walaupon si Dia telah menerangkan  segalanya namun aku x leh terima 100% .. Aku confius sendiri macam mana aku nak handle keadaan ni ... Aku rindu dan sayang dia tapi dalam masa yang sama aku x nk lukakan hati wanita lain ...  Sejak itu aku cuba untuk menahan lagi sekali rasa sayang dan cinta itu walaupon byk kenangan bersama ...

Didalam hati sentiasa bertanya mengapa tuhan memberi aku ujian sebegini rupa .. Aku x larat lagi nak menghancurkan hati ini .. Rapuh .. Rapuh sudah ... Ya Allah andai ku punya jodoh berikan lah aku seorang yang dapat membimbing aku dan membahagiakan aku ... Kau yang menetukan segalanya ...

Segala yang berlaku telah pon terjadi .. Redha ...

Buat T. Shahrazal Abzan b T . Ismadi semoga Roh mu damai di sana ... Aku sentiasa mengingati mu dan mendoakan diri mu ... Insyallah satu hari nanti pasti kita bertemu .. Amin