Marquee

Friday 31 May 2013

Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja



by Super Admin on 30 May 2013
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja - SEBUAH gereja di Scotland muncul sebagai gereja pertama di UK yang memberi peluang kepada umat Islam untuk berkongsi bangunan tersebut bagi menunaikan solat.
St John’s Episcopal Church di Aberdeen kini menerima beratus-ratus umat Islam menunaikan kewajipan lima kali sehari di gereja tersebut kerana masjid yang berdekatan, Masjid Jamek Syed Shah Mustafa terlalu kecil hinggakan jemaah terpaksa menunaikan solat di luar masjid.
Paderi gereja tersebut, Rev Isaac Poobalan, telah memberikan sebahagian daripada kawasan dewan gereja tersebut kepada Imam Besar, Ahmed Megharbi.
Ahmed mengimamkan solat di bahagian utama gereja (main chapel).
Poobalan berkata bahawa perkara tersebut adalah kewajipan beliau.
” Menunaikan solat adalah sesuatu yang baik. Tugas saya adalah untuk menggalakkan orang ramai supaya sentiasa berdoa. Saya dapati bahawa masjid tersebut menjadi terlalu sesak pada waktu-waktu tertentu. Apabila saya bertanyakan perkara ini kepada gereja, orang ramai memberi respon bahawa itu bukan masalah kami.
” Namun, saya menganggap perkara ini sebagai masalah bagi saya.
” Saya tidak sanggup lagi melihat umat Islam terpaksa menunaikan solat di kawasan luar masjid… ini kerana cuaca di luar amat sejuk,” katanya.
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
Poobalan menambah, beliau ingin meningkatkan usaha serta menjalinkan hubungan baik di antara penganut Kristian dan Islam di sana.
“Ini adalah satu perkara asas dan mudah. Tiada kaitan dengan agama – ini hanyalah satu keperluan manusia. Perbezaan agama tidak sepatutnya meluaskan jurang antara manusia.
” Pada mulanya apabila saya memberikan cadangan ini kepada imam, beliau juga ragu-ragu, kerana perkara seperti ini belum pernah terjadi.
Simpati Umat Islam Solat Dalam Kesejukan, Paderi Scotland Benarkan Sembahyang Dalam Gereja
“Namun, pihak masjid telah menerima cadangan tersebut dan hubungan antara masjid dan gereja ini menunjukkan kesan yang positif,” katanya.
Sementara itu, Ahmed Megharbi menyatakan bahawa perkara ini adalah sesuatu yang istimewa dan sepatutnya tidak menjadi masalah jika diaplikasikan di seluruh negara tersebut. – Webberita | Terkini


 *** tapi sebenarnya apa yang saya suka adalah comment2 positive yg diberikan oleh dua makluk Allah ni ..


 
  • Zahirul Baharin · · Top Commenter · USM Penang
    Islam & Kristian adalah agama serumpun yang diasaskan oleh fahaman Nabi Ibrahim.Jadi tiada salahnya bagi paderi untuk menghulurkan 'amal kebajikan' untuk muslimin & muslimat ntuk tumpang sembahyang di Gereja. Sembahyang di luar terdedah kpd cuaca sejuk.Syukur alhamdulillah kpd para jemaah & juga pada Paderi yg membuat amal kpd sesama manusia.
  • Nicholas Richot · Works at NBE kota kinabalu
    kerana allah bapa/Sang pencipta mengasihi semua ciptaannya di dunia ini.Dia mahukan umatnya di dunia ini selamat dari api neraka. siapapun kita hari ini, apapun agama kita dan siapapun yang kita sembah, kita tetap di berih peluang untuk bertobat....kerana bukan agama itu yang menjamin kita masuk ke syurga melain kan amalan dan kepercayaan kita itulah yang menentukan tempat kita kelak.
     
    **Andai makhluk di bumi Allah semuanya begini .. Insyallah Aman damai dunia ni selama-lamanya

    MiszInfinity 

Wednesday 29 May 2013

Cara untuk mengenali sikap lelaki betul-betul jujur dalam menjadikan anda sebagai kekasih mereka :


1-Detik diawal perkenalan masing-masing akan memperkenalkan biodata diri sendiri,Selalunya perempuan yang akan beriya-iya memberitahu segalanya mengenai diri,sampai ke salasilah keluarga pun diberitahu,tetapi si lelaki ni hanya memberitahu,namanya sahaja.hal lain dia tidak akan bagi tahu sepenuhnya

Kesimpulanya : kalau anda berjumpa lelaki jenis ini,anda perlu berhati-hati kerena ada agenda tersembunyinya dalam memikat diri anda..jangan mudah terpedaya ok?

2-Mengenai nama sebenar anda,pada perkenalan awalan anda bersama si dia,anda hanya perlu sekali jer memberitahu nama penuh anda,cukup seminggu anda cuba bertanya kembali si dia mengenai nama penuh anda,kalau dia boleh jawab,kiranya dia betul-betul serius dalam menjalin hubungan dengan anda,tetapi kalau sebaliknya faham-faham sendiri lah,mesti ada berderet lagi nama dia nak kena ingat..hehehe

Kesimpulannya : Selalu Lelaki yang ada niat buruk terhadap diri anda,dia tidak mengendahkan apakah nama penuh anda,yang dia tahu mengenai nafsunya terhadap diri anda,jika anda tanya mengenai perkara ini tentunya dia akan tergagap-gagap untuk menjawab..

3-Tarikh lahir..Hanya lelaki betul-betul jujur dalam menyintai diri anda yang akan alert perkara ini,Selalunya lelaki akan memberi alasan “Owhh lupa la birthday you..sory i agak sibuk sekarang..”…awas! anda jangan terpengaruh mengenai alasan zaman batu ini.

Kesimpulanya : Apa yang anda perlu lakukan,anda haruslah berhati-hati dengan si dia,perhatikan gerak-geri dan muslihat si dia seterusnya,nanti kebenaran akan berpihak kepada anda.

4-Bila anda sakit..Anda perlu menelefon si dia,memberitahu bahawa anda sakit,tapi ingat sekali sahaja tau.Kalau sidia benar-benar jujur,dalam sehari tu berkali-kali dia akan menelefon bertanyakan kesihatan anda..mesti dia jadi tak keruan..

KesimpulanyaSelalunya lelaki yang ada niat buruk,dia akan suka perkara ini berlaku pada diri anda,bolehlah dia bebas untuk berseronok dengan kekasih-kekasih gelap dia yang lain…hehehe

5-Bersabar dengan anda..Memang tidak dinafikan perempuan adalah manusia yang lemah dan agak banyak kerenah…contohnya kalau pergi shopping mesti perempuan suka masuk kedai baju,kedai kasut..memilih mesti lama ye dak?..hehehe..kalau si lelaki betol-betol memahami dan jujur dia akan sabar melayan kerenah korang..

Kesimpulanya : kalau dia jujur dan ikhlas,dia akan terima seadanya sikap korang..kalau korang dah jumpa lelaki macam ni,insyaAllah bahagialah…unless,korang terlalu melebih-lebih kerenahnya..paham-paham lah kan?..

6 CARA ATASI MASALAH MENGANTUK DI PEJABAT


                          Rasa mengantuk ketika di pejabat boleh terjadi kepada sesiapa sahaja. lebih-lebih lagi ketika badan terlalu letih, kekenyang dan faktor persekitaran juga memainkan peranan. So beberapa hari ni faktor tersebut telah menjunamkan saya ke lembah ngantok kerana melayan/bertugas untuk Festival Belia Putrajaya baru2 ni . Justeru ia perlu di elakkan dan bagi mengatasi masalah ini. terdapat beberapa tip yang boleh dipraktikkan bagi membantu anda disaat mata semakin layu di pejabat. Huhuhuhu ..............

1. Hampiri kawasan bercahaya.
Suasana pejabat yang sejuk dan bercahaya redup sudah pasti menyebabkan anda mudah rasa mengantuk. jadi langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, caahaya semula jadi ditepi tingkap. Cahaya yang lebih terang di percayai dapat mengembalikan kesegaran mata dan minda. justeru, sekiranya rasa mengantuk, hampiri jendela atau pintu dan lontarkan padangan anda keluar sektika.

2. Basuh Muka
Ia mungkin perkara terakhir yang sering dilakukan apabila terlalu mengantuk. Namin ia mungkin kurang praktikal untuk pekerja wanita yang sudah siap berrsolek. tetapi jika perlu anda tidak ada pilihan lain kerana ia adalah cara paling berkesan untuk kembali segar.

3. Wangian aromaterapi
Untuk menghilangkan rasa mengantuk di pejabat, anda juga boleh menyimpan minyak wangi atau wangian arimaterapi di pejabat. Tempatkan wangian tersebut di atas meja berhampiran meja kerja anda. Pastinya, semangat kerja anda akan kembali pulih kerana bau-bauan segar dipercayai dapat meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk. Antara bauan yang sesuai ‘mint’ dan lemon

4. Dengar Muzik
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda. Jadi tidak salah jika anda bekerja sambil mendengar alunan muzik asalkan ia tidak melekakan anda.

5. Senaman ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti kepala, tangan, kaki atau berjalan santai juga boleh anda lakukan untuk menghilangkan rasa mengantuk. Ini kerana gerakan-gerakan seumpama ini dapat menghambat saraf yang menyebabkan rasa mengantuk. Di sampi itu elakkan daripada duduk tanpa bergerak dalam tempoh yang lama. sebaiknya, bangun dari kerusi empuk anda sekurang-kurangnya 30minit sekali untuk berjalan seketika sebelum sambung kerja anda semula

6. Pandang pepohon hijau
Sekiranya pejabat anda mempunyai taman indah, manfaatkanlah peluang ini untuk menghilangkan rasa mengantuk anda. Keluarlah sebentar dari ruang kerja anda dan pandanglah pepohon hijau yang terdapat di dalam taman tersebut beberapa minit sebelum kembali semula untuk menyambung kerja. Nescaya mata anda akan kembali segar..

5 Punca Tidur Terganggu


1-Mendengkur
Bunyi dengkuran anda disebabkan oleh bahagian dalam leher anda yang kendur semasa anda tidur. Ia tergantung di belakang mulut anda. Angin yang masuk menyebabkan ia bergetar lalu menghasilkan bunyi dengkuran.

Lebihan isi di bahagian dalam leher. Lebih banyak tisu yang bergetar, dengkuran akan berlaku. Ini selalu terjadi kepada orang yang mempunyai leher atau tonsil yang besar. Bagi orang yang gemuk, laluan didalam leher menjadi sempit, menyebabkan halangan kepada angin. Selain itu, ketumbuhan juga menyebabkan dengkuran.

Sesetengah orang mempunyai kerongkong yang panjang dan lelangit yang lembut. Apabila angin masuk ia bergetar dengan kuat kerana ianya panjang.

Halangan di laluan hidung juga meyebabkan pergerakan udara terhenti dari hidung ke paru-paru. Bagi mereka yang hidungnya tersekat, mereka terpaksa bernafas melalui mulut. Ini menghasilkan vakum atau kekosongan udara di tengkuk. Kerongkong akan lebih bergetar dengan kuat. Ini selalu berlaku ketika anda demam atau selesema.

Struktur hidung juga menyumbang kepada berdengkur. Kecacatan pada septum hidung, struktur yang memisahkan kedua-dua lubang hidung, boleh menyebabkan dengkuran.
Bernafas melalui mulut juga menyebabkan dengkuran. Apabila rahang terbuka semasa tidur, lidah akan masuk ke dalam tengkuk dan menghalang laluan angin.

Tiada lagi dengkuran!
Masalah dengkuran boleh dihilangkan. Jika ada lebihan isi, atau tonsil yang besar, pembedahan boleh membuang isi tersebut. Bagi yang gemuk, diet adalah cara terbaik. Pembedahan juga perlu bagi mereka yang mempunyai kecacatan pada septum hidung. Bagi mereka yang hidung tersekat dan terpaksa bernafas melalui mulut, ini boleh dibetulkan dengan melakukan beberapa teknik pernafasan hidung yang betul. Terdapat juga peralatan yang boleh membantu anda berhenti berdengkur.

2-Tidak boleh tidur tanpa suara TV
Bagi pasangan yang perlukan ketenangan untuk membolehkan tidur, kebiasaan ini pasti sangat menyebalkan. Bahkan saat sudah terlelap, beberapa orang boleh kembali terjaga “sleep timer” mematikan TV secara automatik. Kebiasaan ini sebenarnya boleh diatasi dengan menggunakan alat dengar untuk mendengar radio. Namun jika kesan dari suara TV tidak boleh digantikan dengan suara radio, maka hal ini harus dibicarakan dari hati ke hati dengan pasangan tidurnya.

3-Tidak boleh tidur tanpa menyalakan kipas angin
Kebiasaan ini akan menjadi masalah jika pasangannya mudah mengalami masuk angin. Jika tidak dihidupkan ia tidak boleh tidur, sementara jika dihidupkan pasangannya boleh mengalami sakit masuk angin. Jika perlukan hembusan angin agar boleh tidur, masalah ini boleh diatasi dengan menetapkan posisi tidur agak berjauhan dari kipas dan menghala kan  kipas ke dinding ,agar tidak mengganggu pasangan.

4-Tidak suka disentuh
Ada orang yang suka tidur sambil berpelukan, ada juga yang perlukan  ruang lebih longgar dan luas untuk membolehkan dia tidur nyenyak. Bahkan ada yang mudah terjaga dengan keadaan berpeluh sejuk jika disentuh pasangannya saat terlelap. Meski sebenarnya tidak ada masalah personal, perbezaan cara tidur ini boleh mencetuskan salah faham dalam kehidupan rumah tangga(kalau dah kahwin la). Tidak ada cara lain, masalah ini harus diatasi dengan komunikasi yang baik agar masing-masing boleh berehat dengan tenang.

5-Suka bangun lebih awal
Satu lagi perbezaan pola tidur yang bole jadi masalah adalah kebiasaan bangun terlalu pagi. Misalnya saat pasangannya masih ingin bermalas-malasan di tempat tido, tiba-tiba lampu sudah dihidupkan lalu terdengar bunyi pancuran di bilik mandi serta aktiviti lain yang mengganggu tidur. Meletakkan lampu meja yang agak malap boleh mengurangkan gangguan bagi yang ingin bangun lebih siang. Saling memahami, bagaimanapun menjadi kunci kerana aktiviti apapun sebenarnya boleh dilakukan tanpa mengganggu pasangan yang sedang tidur.

5 Cara Atasi Mengantuk

Nantok!!!



             Seringkali kita dihadapkan pada satu dilema tersendiri ketika sedang melakukan aktiviti yang penting seperti, meeting, belajar, membuat laporan atau bahkan saat sekolah/kuliah dan saat kerja kita diserang ngantuk yang amat sangat.
Disini ada beberapa tips untuk mengatasi masalah mengantuk. dengan  segala risiko ditanggung oleh orang yang menjalankan tips tersebut, samada  dipecat oleh bos, dimarah pensyarah atau ditertawakan oleh orang lain :D .

Berikut tips mengatasi ngantuk.


                 Pergilah ke toilet dan basuhlah muka , atau bila x menjadi pura puralah anda tidak melihat tanda toilet wanita dan masuk ke dalamnya, huhuhu ... bila anda beruntung mendapat teguran dari salah seorang teman sekerja wanita ,maka dijamin anda akan tidak merasa ngantuk (kecuali jadi bahan  member sekerja)

                Ambil sebiji gelas dan isilah dengan air sejuk separuh dan letakkan di hadapan anda (samada di meja mase mesyuarat, atau dikelas) dijamin saat anda hendak tertidur atau terngantuk ngantuk, basuhlah muka anda dengan air tersebut sebagai jalan mudah dan pantas.hehehe...

                 Sediakan pembaris (kayu lebih baik) berukuran 25-30 cm letakkan di dagu anda dan di meja, namun jangan lupa pilih tempat duduk yg jauh dari bos anda atau bila di kelas jangan pilih duduk di depan guru. Bila anda mengantuk dan tak dapat menahan,  anda dijamin walaupun anda memejamkan mata bos anda atau guru anda tidak perasaan anda terlelap. Dengan satu syarat bos/guru anda memiliki mata yang rabun. :-) ... merepek kan .. tapi apa salahnyer mencuba ....kikikiki

               Dengan 2 batang mancis, sendalkan mata anda (tidak disarankan risiko tinggi) :D
Bila cara cara diatas tidak berhasil, anda blh mencuba cara yang mujarab. Pura-puralah anda menjatuhkan pensil atau pen ke bawah meja dan tidurlah di bawah meja, asal semua orang tidak tahu anda dapat tidur dengan tenteram. tetapi sekali lagi dijamin cara ini kurang mujarab jika anda orang penting di pejabat .
Ps. cara cara ini belum dibuktikan berkesan oleh penulis, bila ada salah satu dari anda berhasil menjalankan cara mengatasi mengantuk ini, silakan tulis komen anda pada penulis :Dokay!

              Bila cara cara tersebut tidak berhasil maka memang ubat yang paling mujarab untuk mengatasi mengantuk adalah TIDUR…!!!! :)


p/s: cara2 diatas tadi adalah untuk berseloroh aje ... kalau nak mencuba apa salahnya ..tol tak? hehehe

Tuesday 28 May 2013

Semasa Bertugas di Festival Belia Putrajaya 2013




Salam .. lama dah x membuat pengisian dalam blog kesayangan saya yang selalu saya tinggalkan .. hehe.. bukan ape.. sibuk sikit dengan  hal2 kerja  .. Pic kat atas tu adalah pic ketika bertugas semasa Festival belia putrajaya ... Sungguh syiokkk ..dan juga sungguh penat .... Malam perasmian lagi penat sbb jaga PROTOKOL .. wah ..sungguh x disangka2 mlm tersebut dapat juga saya dan rakan bertugas di holding room dan berdepan dengan VVIP secara dekat .. bahasa kasar dpat tengok DEPAN MATA ...  satu pengalaman la .. bukanlah pengalaman yg sangat INDAH ... pengalaman yg biase2 je .. macam2 perangai dalam tu ... biase la orang besar2 ni kan .. haha

Tapi yang x syioknyer adalah tiada kerjasama dari beberapa pegawai lain .. wah .. cam lepas tangan la pulak ... tapi xpe .. Tuhan je yang dapat membayar segalanya perbuatan dorang .. ngeh2 ..

Hopefully seandainya ada lagi event camni , Bahagian Protokol tu bagi la pada orang yang betol2 bertanggungjawab ye ... sy mengingatkan diri saya juge ..

Jumpe lagi .. Tata


Bersama YB Menteri KBS


Putrajaya, 28 Mei 2013 - Yb. Encik Khairy Jamaludin dan Yb. Datuk M Saravanan meneliti fail berkenaan Persatuan Pertubuhan Belia yang mempunyai masalah sewaktu taklimat ROY kepada Yb. Menteri Belia dan Sukan serta Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Haha .. Ayat skema ... Actually ader taklimat bersama YB .. Then makan2 kat ROY ni .. YB sporting habis .. Hidup ROMBAOU ....huhu

@Khairykj masuk gelanggang cabar Presiden Muay Thai Malaysia #FBP13 @PortalSGb

Kalau Khairy Jamaluddin menyahut cabaran Arena Muay Thai #FBP13 dan berlatih selama setahun,kita bakal menyaksikan KJ bertarung digelaggang yang sama di festival tahun hadapan menentang Presiden Persatuan Muay Thai Malaysia untuk merebut "Tali Pinggang Keledar".

Sementara menunggu festival tahun hadapan KJ cuma masuk gelanggang malam tadi untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang berbagai kategori untuk pertandingan Muay Thai Pesta Belia Putrajaya 2013.































































































 
Credit to : http://aku-tak-peduli.blogspot.com