Marquee

Monday 29 July 2013

Assalamualaikum ..

Lebih kurang seminggu je lagi kita nak menyambut Aidilfitri .. Ingat ye , Jangan membazir .. Sambut dengan penuh sederhana ye ...


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI




Tuesday 9 July 2013

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



Ya Allah……
Perkayakan umatmu dengan ilmu
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan 
Indahkan raganya dengan kesihatan
Serta terimalah segala amal ibadahnya 
Kerana hanya Engkau berkuasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan…
 
Selamat Menjalankan Ibadat Puasa


 Dari saya
Misz Infinity

Dari sebuah sekolah menjadi RUMAH ..

Di Chicago akibat kegawatan ekonomi terdapat banyak sekolah yang terpaksa ditutup. Bangunan lama yang berusia ratusan tahun ini tidak boleh dirobohkan kerana nilai sejarah yang tinggi. Jadi banyak bangunan lama ini diubah suai untuk kegunaan lain. Di bawah ialah sebuah sekolah dengan keluasan 8000 kaki persegi yang diubah suai menjadi sebuah rumah dengan 6 bilik tidur. Nice! 


Wednesday 3 July 2013

Cara Menjadi Lelaki Romantik

Setiap wanita mengimpikan seorang lelaki yang romantik. Seseorang yang boleh menjaganya- seseorang yang boleh menjadi pelindungnya. Sebab itulah jika dilihat pada wayang dan kaca tv, ramai penerbit dan produser berlumba-lumba untuk membuat cerita tentang lelaki romantik. Tapi berapa ramai lelaki di luar sana yang betul-betul romantik yang menjadi idaman setiap wanita? Jom baca ni..
Cara Menjadi Lelaki Romantik
Cara Menjadi Lelaki Romantik : 
.
1) Beri Bunga
Biasakan memberi bunga pada pasangan, tak perlu tunggu hari lahir, atau ulangtahun perkahwenan, berilah hari-hari biasa pon takpe, janganlah bagi sampai sejambak, bagi sekuntum pon dah boleh membuatkan pasangan anda berasa di awang-awangan. Pasti senyum memanjang.
.
2) Ungkapkan Ucapan Sayang
Jangan pernah bosan untuk ungkapkan kata-kata sayang atau cinta atau rindu pada pasangan. Kalau tak dapat ungkapkan face to face pon takpe, masih boleh sms, atau paling manis tulis saja di atas kertas, atau tisu dan letakkan saje di atas meja solek ke, tepi katil ke, atas bantal ke… Tak ke romantik tu namanya…
.
3) Pandang Mata Pasangan
Jika sedang berbual atau bercakap dengan pasangan, pandanglah tepat ke anak matanya. Tapi janganlah pandang macam nak makan pula, pandang lah dengan penuh kasih sayang.
.
4) Bicara Dengan Lembut
Berbicaralah dengan pasangan dengan kata-kata dan bahasa yang lembut. Dan dengan nada yang rendah. Jangan mentang-mentang anda tu lelaki, sekali cakap satu kampung boleh dengar, maka anda main lepas je nak cakap apa-apa. Tolong control emosi ketika berbicara ok.
.
5) Berpimpin Tangan
Pimpinlah tangan pasangan semasa jalan beriringan agar pasangan berasa selamat ketika jalan bersama.(suami isteri)
.
6) Sentiasa senyum
Sentiasalah mengukir senyum kepada pasangan. Berilah senyuman seikhlas dan semanis yang boleh. Kalau pasangan nak marah pon tak jadi bila tengok anda memberi senyuman manis memikat.
.
7) Pakaian sedondon
Biasakan memakai pakaian sedondon dengan pasangan. Biasanya pakaian sedondon ni seperti t-shirt. Tapi ada pasangan yang tak gemar memakai t-shirt, jadi anda boleh memakai pakaian yang warnanya seakan sama dengan warna pakaian pasangan anda. Contoh, jika pasangan memakai warna biru, anda juga mengenakan t-shirt biru. Jika ada anak pon, pakaikanlah anak juga baju warna biru. Aduh, Sweetnya…
.
8 )Kunjungi Tempat Yang Romantik
Sesekali membawa pasangan pergi ke tempat-tempat peranginan pon apa salahnya. Contoh seperti di tepi pantai, atau di cameron highland ke… Bila tiba anniversary, apa salahnya anda membawa pasangan bercuti untuk honeymoon sekali lagi.
.
9) Memberi Kejutan
Berilah kejutan kepada pasangan terutamanya pada hari lahir atau ulang tahun perkahwinan. Contohnya anda telah menempah satu tempat makan ekslusif untuk pasangan manakala pasangan tidak tahu menahu tentang hal itu. Tiba-tiba anda membawanya ke situ dan di atas meja telah tersedia hadiah istimewa untuk pasangan. Mesti menangis terharu pasangan anda kerana tidak menyangka yang anda begitu romantik.
.
10) Memujuk
Pandai-pandailah anda memujuk pasangan jika dia merajuk yea. Janganlah bila pasangan merajuk, anda buat tak tau je, tiba-tiba esok jumpa buat macam takde apa-apa berlaku. Tak patut macam tu. Pujuklah dengan kata-kata yang lembut. Pasti pasangan anda cair dibuatnya.
Tips Menjadi Lelaki Romantik
Ok, inilah 10 tips untuk menjadi lelaki romantik. MediaSerius pasti ramai wanita yang mengimpikan ciri-ciri lelaki seperti yang aku sebutkan di atas. Wahai lelaki, , ciri -ciri romantik sebenarnya lahir dari dalam jiwa dengan sendirinya tanpa ada apa-apa paksaan. Anda boleh merubah menjadi lebih baik tapi jangan terlalu memaksa diri dan jadilah diri anda sendiri. Jika pasangan anda betul-betul menyayangi anda, dia akan menerima seadanya apa adanya anda.
.
P/S : alangkah indahnya jika setiap lelaki mempunyai ciri-ciri seperti di atas kan..??

Anda tidak romantik??

Jika anda seorang yang tidak romantik, maka anda tidak layak menjadi ibu bapa…

Itu bukan kata aku…tetapi berdasarkan kajian yang dilakukan oleh penyelidik di University of Bristol, Abigail Millings. Menurut beliau, apabila seseorang itu romantik, dia akan peka dan bertanggungjawab terhadap pasangan, dia akan sensetif dan sanggup untuk memberikan pertolongan.
Sumber: Berita Harian
Jadi kepada sesiapa yang masih belum berkahwin lagi, jom semak sama anda romantic atau tidak…. Berikut adalah perkara-perkara romantik yang boleh anda ikut…sebenarnya ada banyak…tetapi ingat,  Ini bukan cara aku tau, sebab aku tidak romantic hehehe

1. Menikmati pemandangan indah matahari terbit dan terbenam bersama-sama….. Secara tidak langsung
anda akan bangun awal pagi semata-mata untuk melihat matahari terbit… tidaklah tertinggal solat subuh lagi heheh

2. Bertukar hadiah. Tidak perlu mahal, cukup sekadar dia merasakan anda tidak melupakannya.. Apabila hari jadi dia, anda beri hadiah kepadanya…apabila hari jadi anda pula, dia turut memberi hadiah kepada anda…. Apabila ada sekali dia terlupa hendak memberi anda hadiah hari jadi, anda ungkitlah yang anda telah memberi hadiah hari jadi kepadanya hahah

3. Menyanyikan lagu cinta untuknya…. Kalau boleh anda buat sekali video Gwiyomi…. Pasti dia akan tersenyum. Ingat!!! Perempuan suka lelaki yang kelakar!!! Heheh

4. Letakkan sekeping nota cinta di poket atau di dalam bukunya tanpa disedari… Apabila dia membaca nota itu, pasti dia akan tersenyum mengingati anda…
Harap anda dapat mengikut tips-tips romantik ini....heheh
p/s: Tetapi aku selalu tengok, lelaki hanya romantik ketika hendak mengorat je… apabila gadis itu sudah menjadi isterinya, sifat romatik itu automatik hilang….jadi lebih baik tidak romantik sebelum kahwin, dan romantic selepas kahwin heheh

Ne Me Quitte Pas.

apekah bahasa yang aku cakap ni? bahasa yang tidak biase kita dengar. bukan? maksudnya adalah, never leave me. ianya sebuah tajuk lagu. lagu ini adalah hasil nukilan seorang seniman Perancis iaitu Jacques Brel.

never leave me? or don't you go away from me. sounds, very merayu. tapi, walaupun ku tidak mempunyai sebarang ilmu didalam bahasa Perancis, tetapi, lagu ni sedih. aku jiwang? kadang2. datang bulan aku, habes lah. ya, ne me quitte pas. tidak semestinya kita ucapkan pada yang tersayang,

tapi, mungkin kat ibubapa kita.

adik beradik kita.

kawan2 kita.

sedih.

memikirkan, seorang kawan.

"aku, terpaksa tinggalkan ko."

"nape?''

''tah. ak terpakse ikut family aku pindah.''

''huhu.''

ape ak meraban taktau lah. huhu. tapi, yelah, lagu ni, ade jugak negative sidenya. sesuatu benda tidak akan kekal, disamping kita.

robot? mungkin. manusia? oh no no no.

ne me quitte pas.

ari ni, tak buat ape2 sangat pon. .. nak tengok movie lahh. Sabtu ni sorang2... best skit. hehe.