Marquee

Wednesday, 26 February 2014

Sukar terlelap

Sejak beberapa hari ni sukar sungguh untuk lelapkan mata .. Setiap kali itu lah aku akan buka gambar2 yang lama aku simpan  .. Sekeping demi sekeping aku belek bertitis2 air mata jatuh .. Rindunya .. Apakan daya, dia telah pon dijempot Yang Maha Esa ..   Banyak jugak kenangan bersama dia .. Bergaduh bersama .. Bernyanyi bersama .. Banyak nasihat diberi .. Aku tahu tiada manusia yang sempurna .. Kesilapan pasti ada dalam diri setiap manusia .. Aku sentiasa berdoa agar diampunkan segala dosa2 nya dan ditemparkan bersama orang2 yang beriman ..

Setelah apa yang terjadi aku lupakan sementara tentang cinta .. Memberi ruang pada diri aku muhasabah diri dan mencari ketenangan agar sedikit demi sedikit dapat aku lupakan keperitan yang melanda tanpa melupakan dia .. Hampir dua tahun lebih aku menutup segala rasa cinta .

Bak kata orang tua2 kumbang bukan seekor .. Mungkin tuhan memberi peluang kepada aku ..  Berkenalan lah aku dengan seorang jejaka yang agak baik ... Baik tutur kata dan sopan orangnya .. Rakan media  sosial yang mungkin lama menjadi kawan .. Tapi x tau la kenapa tetiba terbuka hati untuk mengenali dirinya .. bermula putik kasih dan sayang .. Apa jua untuk mu ketika itu.

Namun sepanjang  tempoh kenal dan bercinta selama hampir 2 tahun ada rahsia yang tersimpan yang x pernah aku tahu .. Lelaki yang selama ni aku sayang dan cinta mati rupanya kepunyaan seorang wanita dan berharta seramai 5 orang ... Ya Allah bertapa luluhnya hati tuhan je yang tahu .. Walaupon si Dia telah menerangkan  segalanya namun aku x leh terima 100% .. Aku confius sendiri macam mana aku nak handle keadaan ni ... Aku rindu dan sayang dia tapi dalam masa yang sama aku x nk lukakan hati wanita lain ...  Sejak itu aku cuba untuk menahan lagi sekali rasa sayang dan cinta itu walaupon byk kenangan bersama ...

Didalam hati sentiasa bertanya mengapa tuhan memberi aku ujian sebegini rupa .. Aku x larat lagi nak menghancurkan hati ini .. Rapuh .. Rapuh sudah ... Ya Allah andai ku punya jodoh berikan lah aku seorang yang dapat membimbing aku dan membahagiakan aku ... Kau yang menetukan segalanya ...

Segala yang berlaku telah pon terjadi .. Redha ...

Buat T. Shahrazal Abzan b T . Ismadi semoga Roh mu damai di sana ... Aku sentiasa mengingati mu dan mendoakan diri mu ... Insyallah satu hari nanti pasti kita bertemu .. Amin

No comments:

Post a Comment